NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Untung menyusut, PAS kesal kerajaan terus jarah hasil Petronas




BANGI, 27 SYAABAN — PAS kesal tiada usaha kerajaan mencari sumber pendapatan alternatif selepas keuntungan bersih Petronas terus mencatatkan penurunan.

 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata lebih memburukkan keadaan apabila Petronas terikat dengan perjanjian komersial bersama Petros Sarawak. 

 

“Penurunan drastik ini menimbulkan persoalan besar mengenai kebergantungan kerajaan kepada Petronas sebagai ‘tabung kecemasan’ menampung defisit fiskal negara. 

 

“Adakah kerajaan sedar bahawa tanpa strategi yang jelas, kebergantungan berterusan kepada Petronas hanya akan mempercepatkan ketidakstabilan ekonomi Malaysia?

 

“Dengan kata lain, Petronas kini kehilangan sebahagian daripada sumber pendapatannya kepada Petros dan jelas hasil syarikat semakin berkurangan,” katanya. 

 

Petronas semalam mengumumkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM55.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata keuntungan itu mencatatkan penurunan berbanding RM80.7 bilion pada tahun sebelumnya.

 

Katanya, penurunan keuntungan itu disebabkan harga purata yang lebih rendah namun pendapatan syarikat dapat diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih tinggi.

 

Beliau berkata prestasi kewangan Petronas pada 2024 kekal kukuh di saat ketidaktentuan pasaran dan tekanan peraturan yang semakin meningkat.

 

Ahmad Fadhli berkata perjanjian komersial memberikan Petros lebih kuasa dalam menguruskan hasil termasuk kawalan blok yang sebelum ini diuruskan Petronas.

 

Katanya, walaupun Sarawak berhak menuntut kawalan lebih besar, persoalannya ialah bagaimana kerajaan mengurus keseimbangan tanpa menjejaskan pendapatan negara.

 

“Keputusan membenarkan Petros mengambil alih lebih banyak sumber tanpa strategi pemulihan Petronashanya akan mempercepatkan penguncupan ekonomi tenaga negara.

 

“Lebih membimbangkan, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah membiarkan Petronasberoperasi dengan beban kewangan yang semakin meningkat. 

 

“Jika trend ini berterusan, Malaysia akan kehilangan kelebihan sebagai pengeluar minyak, malah Petronasmenjadi semakin lemah dalam persaingan global,” katanya. 

 

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata kerajaan sudah menuntut dividen RM32 bilion pada 2024 jumlah yang tinggi walaupun keuntungan Petronas menjunam.

 

Katanya, dengan dividen sebesar itu, keupayaan Petronas untuk melabur dalam teknologi baru dan projek eksplorasi akan semakin terhad. 

 

“Malaysia masih lagi terperangkap dalam dasar ekonomi yang bergantung kepada minyak tanpa perancangan konkrit untuk masa depan.

 

“Ironinya, kerajaan juga gagal mengawal pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan negara walaupun hasil Petronas semakin berkurangan. 

 

“Di sebalik slogan Ekonomi Madani, kita lihat hanyalah kenaikan perbelanjaan kerajaan tanpa sebarang rancangan untuk mengukuhkan industri minyak dan gas negara,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo