MAT SABU, MENTERI PALING GAGAL!!!
Korang pelik tak, macamana seorang Menteri, apabila disebut berlaku campuran beras import dengan beras tempatan, selambe je dia boleh nafikan dan kata tiada bukti. Jawab dalam Parlimen pulak tu. Korang rujuklah hansard yang aku kepilkan tu, "TIADA BUKTI" kata Mat Sabu.
Alih-alih MARDI buat kajian dan buktikan hampir 50% daripada 5000 sampel beras import yang diambil dipasaran, telah pun dicampurkan dengan beras tempatan.
Maknanya beras tempatan yang sepatutnya dijual kepada rakyat Malaysia dengan harga murah telah diselewengkan oleh kartel beras dan dicampurkan dengan beras import. Lepas tu jual dengan harga beras import. Mak aihhhh bapak kaya kartel beras ni.
Bak kata MB Sanusi, "Takkan kementerian tak tahu orang tukar bungkusan beras tempatan kepada beras import? orang duduk kampung pun tahu".
Kan tak logik betul benda ni mereka di kementerian tak tahu. Benda berlaku depan mereka kot.
Bak kata pepatah english "Right under Mat Sabu's nose".
Jujur aku cakap kemelut beras negara memang tak akan selesai selagi kita mempunyai Menteri yang tidak kompeten dan lemah macam ni.
Tapi jangan kau ambil Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Husin yang kantoi perkenalkan beras syarikat anak dia bawah projek beras madani plak untuk jadi Menteri. Makin haru dibuatnya.
MB Sanusi dah cakap awal-awal, letak urusan padi dan beras bawah Kerajaan Negeri. Ni bukan cakap main-main atau cakap politik. Dia cadang sungguh. Dah terlalu lama dan terlalu teruk isu ni.
Daripada kita dok percaya kat Menteri macam Mat Sabu dan Badut macam Syed Abu Husin, baik negeri pengeluar padi ni urus sendiri.
Biar mereka tanam padi, mereka tuai padi, mereka proses padi, mereka bungkus beras dan mereka jual beras tempatan. Kartel-kartel yang "super kebal" ni suruh jual beras import sahaja.
Mat Sabu, tak payah buat apa-apa. Sebab dia buat apa-apa pun sama macam tak buat apa-apa. Lebih baik dia tak payah buat apa-apa. Faham tak Bang Mat?
Salam Hormat,
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment