NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasatan lawak ham ambil masa, KPN rujuk AGC Khamis ini




BANGI, 5 SYAABAN — Ketua Polis Negara memaklumkan siasatan jenaka ham mengambil sedikit masa kerana memerlukan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Tan Sri Razarudin Husain berkata polis perlu menunggu laporan forensik SKMM sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), lapor Utusan Malaysia.  

 

“Kita memerlukan laporan forensik daripada SKMM sebab itu ia mengambil sedikit masa.

 

“Kita akan lengkapkan siasatan dan akan rujuk kepada AGC Khamis ini,” katanya ketika dihubungi akhbar itu hari ini. 

 

Warga maya mempersoalkan siasatan pantas pihak polis terhadap individu yang mengugut untuk membunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya.  

 

Izzuddin Mohd Salim, 31, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 minggu lalu selepas mengaku bersalah mengugut pelawak Harith Iskander dan keluarganya. 

 

Majistret, Mageswary Subramaniam menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Izzuddin bersalah melakukan ugutan melalui pesanan ringkas.

 

Harith hujung bulan lalu disiasat selepas kiriman Facebook miliknya didapati mempersendakan isu ham dengan mendakwa imannya mungkin tergugat.  

 

“Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.

 

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

 

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?” coretnya.

 

Kiriman Harith itu membuka ruang seorang warga maya, Cecelia Yap yang menulis komen mempersendakan Nabi Muhammad SAW.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo