NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Petronas ditutut berterus terang punca sebenar kurangkan kakitangan




11 SYAABAN — Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa Petronas lebih telus berhubung hasratnya mengurangkan bilangan kakitangan. 

 

Datuk Zaid Ibrahim berkata Pengerusi Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz perlu berterus-terang mengapa langkah drastik itu perlu diambil.

 

“Saya harap Taufik lebih berterus-terang. Bagaimana mungkin syarikat bertaraf dunia tiba-tiba mempunyai terlalu ramai pekerja melainkan sesuatu yang tidak dijangka sudah berlaku.

 

“Adakah pengurangan kakitangan disebabkan kehilangan hasil sekarang kerana kerajaan membiarkan Petronas dalam rundingan mereka dengan Sarawak.

 

“Adakah kerana kerajaan tidak mahu mencabar tindakan Petros Sarawak yang melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974?” soalnya menerusi coretan di aplikasi X semalam. 

 

Zaid mengulas kenyataan Taufik minggu lalu yang mendakwa Petronas terpaksa melepaskan pekerja mereka kerana perlu memastikan syarikat itu dapat meneruskan kewajipan mereka. 

 

Taufik berkata untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara, PETRONAS perlu mempunyai tenaga kerja yang bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

 

Katanya, PETRONAS mempunyai 52,000 kakitangan dan 16,000 daripadanya adalah pemangkin utama.

 

“Kami tidak boleh mempunyai tenaga kerja yang tidak bersesuaian untuk melaksanakan penyelesaian pakej yang berdaya maju,” katanya. 

 

Zaid berkata Petronas perlu berterus-terang sama ada syarikat itu tidak dapat mempertahankan kepentingannya dalam persaingan dengan Petros Sarawak.

 

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri berkaitan perlu memberi penjelasan berhubung situasi semasa kewangan Petronas. 

 

“Kita mempunyai tiga menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini dan tiada seorang pun daripada mereka bercakap untuk menjelaskan keadaan Petronas.

 

“Saya kasihan dengan teknokrat Melayu pintar yang mengetuai organisasi besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah dan Petronas.

 

“Saya pasti mereka mengambil berat tentang amanah mereka kepada syarikat tetapi tuan politik mereka sentiasa berkuasa. Apa yang mereka boleh buat?” soalnya. 

 

Zaid berkata sehubungan itu Ahli Parlimen digesa untuk membahas perkara ini di Parlimen. 

 

Katanya, ia sebelum Speaker mengharamkan penggunaan perkataan PDA, Petros atau Petronas apabila larangan itu menjadi jelek.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo