NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dividen KWSP Dijangka Meningkat: Pencarum Nantikan Pengumuman Rasmi

SHAH ALAM – Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima dividen melebihi 5.8% bagi simpanan konvensional untuk tahun kewangan 2024, menjadikannya kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Sumber menyatakan bahawa kadar bagi simpanan syariah pula dianggarkan antara 5.4% hingga 5.6%. Pengumuman rasmi mengenai kadar dividen ini dijangka dibuat oleh KWSP pada awal Mac 2025.

Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahun lepas berakhir Disember pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan, penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Prestasi kukuh pasaran ekuiti global dan domestik pada tahun 2023 telah menyumbang kepada jangkaan peningkatan dividen ini. Bagi sembilan bulan pertama tahun 2024, KWSP mencatatkan pendapatan sebanyak RM57.57 bilion, meningkat 20% berbanding RM47.86 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Walaupun terdapat jangkaan positif, pakar ekonomi menasihatkan pencarum agar tidak meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan KWSP memberikan dividen berdasarkan pulangan yang direalisasikan selepas pelaburan dijual. Ini berbeza dengan beberapa dana pencen lain yang mungkin mengambil kira pulangan tidak direalisasikan.

Untuk makluman, pada tahun 2023, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.5% bagi simpanan konvensional dan 5.4% bagi simpanan syariah.

Pencarum dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi daripada KWSP bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kadar dividen bagi tahun 2024. - 1Media.my


........
Komen: Bagi menggambarkan kewangan KWSP stabil walaupun berdepan isu pembelian saham MAHB yang nerugikan, kerajaan perlu memastikan pembayaran dividen KWSP lebih baik berbanding tahun lepas.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo