Bagaimanapun, katanya, orang Islam dinasihatkan mengelak terlibat dalam sebarang ritual keagamaan ketika majlis berkenaan.
Beliau memetik beberapa ulama terkemuka termasuk Imam al-Nawawi dan Imam al-Shafi’i yang mengatakan golongan Muslim dibenarkan menghadiri acara pengebumian ahli keluarga bukan Islam.
Orang Islam juga dibenarkan memandikan, mengafankan dan mengebumikan mayat bukan Islam jika perlu, katanya.
“Menghadiri pengebumian bukan Islam dan melibatkan diri dalam ritual agama lain adalah dua isu berbeza.
“Jangan terkejut jika masih ramai Muslim tidak pasti apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam acara keagamaan bukan Islam, sama ada majlis perkahwinan, perayaan atau pengebumian.
“Disebabkan itulah pendidikan berterusan amat penting,” katanya dalam hantaran di X.
Minggu lalu, Menteri Hal Ehwal Agama Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam penglibatan umat Islam dalam menghadiri acara di rumah ibadat agama lain.
Menurut garis panduan dicadangkan itu, penganjur perlu mendapat izin pihak berkuasa relevan, selain pandangan pihak berkuasa Islam jika acara mereka akan melibatkan orang Islam.
Beberapa pihak termasuk kumpulan agama dan Ahli-ahli Parlimen berkata garis panduan seperti itu mampu menerukkan perpecahan agama di negara ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, garis panduan kontroversi itu tidak perlu dan hanya akan mengakibatkan keresahan.
Beliau turut berkata akan membawa hasil mesyuarat Jemaah Menteri kepada pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). MKI dipengerusikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment