NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

40 anak syarikat kerajaan rugi RM2.66 bilion




BANGI, 28 SYAABAN — Ahli Parlimen DAP mempersoalkan kerugian RM2.66 bilion 40 syarikat di bawah lima agensi persekutuan menerusi Laporan Ketua Audit Negara. 

 

Syerleena Abdul Rashid berkata pengenalan rasionalisasi kerajaan menjadi persoalan di saat syarikat yang mencatatkan kerugian terus mendapat suntikan kewangan. 

 

“Saya tidak berdiri di sini untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi menuntut kerajaan memastikan sumber negara diurus dengan penuh integriti.

 

“Bagaimana rasionalisasi subsidi dikenakan ke atas rakyat tetapi agensi kerajaan yang mengalami kerugian masih terus menerima dana tanpa pemantauan ketat.

 

“Subsidi bahan api, makanan dan perkhidmatan awam sedang dikaji untuk langkah penjimatan tetapi subsidiari kerajaan yang gagal masih mendapat suntikan kewangan,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika sesi Dewan Rakyat hari ini membahaskan kerugian 40 syarikat agensi persekutuan berjumlah RM2.66 nilion. 

 

Laporan itu mendedahkan 21 anak syarikat di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian terbesar berjumlah RM0.94 bilion. 

 

Syerleena berkata kerugian tersebut menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pemantauan kewangan kerajaan serta kerugian yang ditanggung rakyat.

 

Katanya, kerugian itu menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terutama golongan yang akan terjejas dengan penarikan subsidi.

 

“Kerajaan perlu memperketatkan pemantauan kewangan agar setiap dana yang diperuntukkan benar-benar memberi impak positif kepada ekonomi dan rakyat.

 

“Langkah penjimatan tidak hanya tertumpu kepada pemotongan subsidi rakyat tetapi juga harus merangkumi agensi yang terbukti tidak efisien dalam menguruskan kewangan,” katanya.

 

Sehubungan itu, Syerleena menggesa rasionalisasi subsidi perlu diseimbangkan dengan menghentikan pembaziran agensi kerajaan yang mencatat kerugian besar.

 

Katanya, dana tidak sepatutnya disalurkan kepada entiti gagal dan ia wajar digunakan untuk membiayai sekolah, hospital dan projek infrastruktur luar bandar yang lebih bermanfaat.


Sumber | TV Pertiwi 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo