NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya letak jawatan jika PM suruh, Mat Sabu beritahu Hanipa





KLANG
Mohamad Sabu hanya akan meletakkan jawatan sebagai menteri pertanian dan keterjaminan makanan jika diarah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga presiden Amanah berkata, selain daripada itu tiada keperluan untuknya berbuat demikian.

“Itu kalau perdana menteri suruh,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah.

Beliau mengulas gesaan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin supaya meletakkan jawatan sebagai menteri jika kerajaan terus menghalang himpunan antirasuah dijadual berlangsung hari ini.

Hanipa dilapor berkata, beliau telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam mewakili Mohamad yang pernah terlibat dalam siri perhimpunan aman sebelum ini.

Justeru, katanya wajar bagi Mohamad meletakkan jawatan sebagai menteri pertanian dan keterjaminan makanan jika perhimpunan anjuran Bersih dan Suaram itu dihalang.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Amanah tidak menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut sambil memberi mesej kepada mereka yang hadir ‘demokrasi bebas berdemonstrasi’.

“Tapi sekarang kami (Amanah) ada konvensyen. Kalau tidak mungkin ada dalam kalangan ahli Amanah yang nak pergi tak ada masalah,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Pemuda Amanah yang dilihat tidak agresif berbanding Pemuda Umno berkaitan isu sandwic ‘ham & cheese’, Mohamad berkata pihaknya menasihatkan sayap parti mengelak mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman.

“Kadang-kadang kita buat kenyataan kita jangan lupa yang kita ini berbilang kaum, mungkin dapat menyeronokkan satu kaum sahaja.

“Bagi kita kenyataan yang kita keluarkan kena jaga kerana kita berpegang pada rahmat untuk semua. Sebab itu satu-satu kenyataan yang berbentuk perkauman saya yakin Pemuda Amanah cuba elakkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad mengakui Amanah belum dapat menarik undi Melayu Islam bagi menghadapi PRU16, namun berkata keyakinan orang ramai terhadap partinya semakin bertambah.

“Kita yakin, kita sedang berkembang. Keahlian bertambah setiap bulan. Amanah baru sahaja ditubuhkan pada 2015…kita dah memerintah 2018 dan 2020. Kita masih cuba lebarkan pengaruh kita,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo