Ketika ini, beliau berkata, pihaknya sedang mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi menyelesaikan isu bekalan beras tempatan dan harga belian padi.
“Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak. Kalau tuntutan padi sebagai contoh, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana jika berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah di sini.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, pihaknya akan berbincang dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) untuk melakukan perubahan bagi industri beras.
Menurutnya, perbincangan itu dijadualkan berlangsung pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat selama 18 hari bermula 3 Feb hingga 6 Mac ini.
“Bagi kami, kepentingan pengguna, petani, pengilang dan pengedar perlu dijaga kerana mereka ada peranan masing-masing, sebab itu kita sedang buat libat urus dengan lebih panjang.
“Kita juga akan berbincang dengan Naccol yang dipengerusikan perdana menteri. Dengan persetujuan beliau, kita akan buat perubahan yang diperlukan.”
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment