NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 pengedar dadah berkait konsert Pinkfish ditahan




PETALING JAYA
Polis menahan tiga pengedar dadah susulan kematian empat pengunjung konsert Pinkfish pada ambang tahun baharu 31 Dis lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata tiga lelaki berusia 20 hingga 30 tahun ditahan sekitar negeri ini pada 8 hingga 12 Jan lalu termasuk seorang yang ditangkap itu berada di konsert ketika kejadian.

Katanya, hasil laporan Jabatan Kimia, darah semua si mati dan tiga lagi pengunjung yang cedera disahkan mengandungi dadah.

“Tujuh individu termasuk empat yang meninggal dunia, kandungan darah masing-masing dikesan mengandungi kandungan dadah jenis MDMA atau pil ekstasi. Polis percaya pil itu dibeli dari luar dan ada juga dibeli dalam konsert terbabit.

“Polis hampir menyelesaikan siasatan kes. Ketiga-tiga pengedar dadah skala kecil ketika konsert dengan penjualan secara individu termasuk seorang berada ketika konsert berlangsung,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2,Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Hussein berkata, polis bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melarang penganjuran konsert tetapi akan mengetatkan syarat dari segi muzik, jumlah pengunjung, tempat penganjuran, keluasan tempat dan kesediaan penganjur menyediakan pasukan ‘first aid’ jika berlaku kecemasan.

“Penganjur juga perlu maklumkan hospital yang berhampiran dan paling penting polis akan meletakkan pasukan narkotik untuk mengelak dan membanteras sebarang penyalahgunaan dadah termasuk pengedaran di dalam konsert,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert itu di Bandar Sunway.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.



Sumber | FMT Malaysia










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo