NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPDN kesan kopitiam di Melaka naik harga sehingga 60%




PETALING JAYA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesan kopitiam di Melaka yang menaikkan harga sehingga 60% dalam tempoh setahun, pada tahun lepas.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar, berkata kopitiam khususnya di kawasan tumpuan pelancong antara perniagaan yang banyak dikesan menaikkan harga tahun lepas.

Katanya, sepanjang tempoh setahun lepas, kebanyakan premis kopitiam jenis francais atau kedai kopi kecil di kawasan perumahan dilaporkan menaikkan harga antara tiga hingga empat kali secara berperingkat, dengan 10% bagi setiap kenaikan.

“Taktik berkenaan bertujuan mengelak dikesan pengguna, namun perbuatan itu gagal disembunyikan kerana kesalahan itu dilaporkan pelanggan tetap premis berkenaan selain menerusi pemantauan yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN,” katanya lapor Bernama.

Norena berkata KPDN akan beri perhatian pada pemantauan dan pemeriksaan lebih berkala, khususnya di Melaka Tengah.



Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo