NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PUM tidak setuju penjualan arak terbuka diteruskan

Persatuan Ulama Malaysia tidak bersetuju penjualan arak terus dibenarkan beroperasi secara terbuka khususnya dalam kawasan majoriti Muslim. Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Mohamad)



KUALA LUMPUR - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tidak bersetuju penjualan arak terus dibenarkan beroperasi secara terbuka khususnya dalam kawasan majoriti Muslim.

Yang Dipertuanya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak rasional untuk memperluas cadangan larangan jualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam dan langkah itu seharusnya dipuji.

Menurutnya, cadangan itu juga dilihat tidak mengganggu kedudukan orang bukan Islam susulan pewartaan mengenai larangan itu hanya melibatkan kawasan tertentu dan tidak melibatkan keseluruhan kawasan.

"Mengekang penjualan arak bukan hanya seiring dengan ajaran agama Islam, tetapi juga bertepatan dengan norma moral masyarakat yang lebih luas.

"Ramai sudah menyedari bahawa arak boleh mendatangkan mudarat seperti kemalangan jalan raya, keganasan rumah tangga, hubungan terlarang dan pelbagai masalah sosial yang lain," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Justeru katanya, PUM mencadangkan kerajaan bertindak tegas dalam isu ini sebagai langkah memperkasa masyarakat sivil yang baik, selaras dengan agenda Madani yang dimahukan kerajaan.

"Masih terdapat kedai yang menjual arak tanpa kaunter khusus, malah pekerja Muslim terpaksa mengendalikannya.

"PUM mendesak kerajaan agar menguatkuasakan kawalan ketat di mana penjualan arak hanya dibenarkan dengan kaunter khas dan tidak melibatkan pekerja Muslim," katanya.

Tambahnya, langkah kawalan itu amat perlu bagi memastikan penjualan arak tidak mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, Kor Ming menyarankan PBT mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung isu penjualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

Kor Ming menegaskan, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.

Pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras di dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam seperti dicadangkan MBI telah menarik perdebatan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin politik parti kerajaan dan pembangkang.

Wan Mohamad berkata, kenyataan Kor Ming yang menyokong kelangsungan penjualan arak itu jelas tidak mencerminkan hasrat majoriti rakyat yang mahu pengawalan lebih ketat dilakukan.

Katanya, PUM juga meminta Jemaah Menteri untuk bertindak berani dalam menangani isu ini.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo