Naib Presiden, Mohd Amar Abdullah, berkata Hadi masih mampu memimpin PAS berdasarkan ketokohan, ilmu dan pengalamannya.
“Walau fizikal nampak uzur, ahli parti masih mengharap beliau terus memimpin. Namun terserah kepada budi bicara dan kebijaksanaan (Hadi) buat keputusan sama ada menurut jejak langkah Nik Abdul Aziz, atau terus memimpin jemaah hingga ke Putrajaya,” katanya kepada FMT.
Semalam, sebuah akhbar menyiarkan komen penganalis bahawa Hadi tidak lagi sesuai mengetuai PAS, termasuk berdepan cabaran besar terutama menghadapi PRU16 kerana keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.
Katanya, keadaan kesihatan Hadi bukan rahsia lagi dan menjalani rawatan di hospital sejak beberapa tahun.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya, berkata kepimpinan Hadi diperlukan untuk terus menerajui parti bagi mengharungi gelodak politik negara yang tidak menentu.
Katanya, ulama PAS yakin ilmu dimilikinya sangat berharga bagi memastikan perjuangan Islam terus subur di Malaysia.
“Apatah lagi Hadi bukan sahaja memimpin gerakan Islam di Malaysia, bahkan menjadi rujukan gerakan Islam seluruh dunia,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena.
Menurutnya, ulama PAS kekal mendukung gagasan penyatuan ummah diperjuangkan Hadi kerana ia ramuan utama dalam memandu perjuangan Islam serta bagi memastikan kestabilan politik dalam negara dapat dicapai.
PAS bawah kepimpinan Hadi mencapai keputusan terbaik pada PRU15 apabila memenangi 43 kerusi Parlimen, tertinggi berbanding parti lain selain memerintah empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Parti itu dijangka mengadakan pemilihan tahun ini.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment