Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata proses rakaman percakapan wanita berusia 65 tahun itu yang juga pesara jururawat swasta bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Katanya, sebanyak 21 soalan ditanya kepada wanita itu yang mana dia mengaku memuat naik komen di ruangan Facebook terbabit.
“Sebuah telefon bimbit dan kad sim turut dirampas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 (c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara (AGC) esok untuk arahan selanjutnya,” katanya menurut Berita Harian.
Terdahulu, Cecelia yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam berkaitan isu ‘ham’ tampil memohon maaf.
Cecelia menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman mewakilinya Saibullah MV Nathan dan Co menyatakan amat kesal atas kenyataan sensitif disiarkan di media sosial.
“Saya amat kesal bahawa komen saya yang tidak sensitif tersebut telah menyinggung perasaan semua.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di masa-masa depan,” katanya yang turut berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan ke atasnya.
Cecelia didakwa membuat komen di hantaran Facebook Harith yang dikatakan secara berseloroh menyatakan ‘iman tergugat’ apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.
Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment