NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada laluan untuk MCA di Dun Kota Lama - Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata MCA dan DAP tidak sepatutnya bertanding di Kelantan kerana tumpuan lebih kepada isu Melayu dan Islam.


PETALING JAYA: Amanah tidak akan memberi laluan kepada parti lain termasuk MCA dari Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Kota Lama dimenanginya pada PRN tahun lalu, kata Pengarah Komunikasinya Khalid Samad.

Khalid berkata mereka berpegang kepada amalan sedia ada iaitu parti penyandang kekal bertanding di kawasan terbabit, merujuk kemenangan wakilnya Dr Hafidzah Mustaqim yang menang kerusi itu untuk Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 202 undi.

“Keputusan sebelum ini Amanah bertanding di DUN Kota Lama dan telah menang dengan sokongan bersama BN-PH, jadi tidak wajar untuk dibangkitkan kerusi itu diserah kepada komponen BN (MCA).

“Sepatutnya rundingan hanya dibuat di kawasan dimenangi lawan bukannya kawasan PH-BN menang, itu kena dihormati…jarang sekali serah kepada parti lain,” katanya kepada FMT.

Khalid turut berpendapat MCA dan DAP tidak sepatutnya bertanding di Kelantan kerana keadaan politik rakyat negeri itu berbeza dengan tumpuan lebih kepada isu Melayu dan Islam.

“Ini kerana suasana pemikiran politik berhaluan kanan menguasai di Kelantan,” katanya.

Beliau mengulas laporan FMT memetik penganalisis politik Syaza Shukri yang PH mungkin memberi laluan kepada MCA di DUN Kota Lama untuk memfokuskan kerusi lebih besar.

Dianggarkan ada 30% pengundi Cina daripada 33,043 pengundi di kerusi DUN itu.

Sabtu lalu, Ketua BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata MCA akan diberikan sebuah kerusi DUN untuk bertanding pada PRU16.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan Mohd Zulhazmi Hassan berkata pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan isu agihan kerusi.

“Soal agihan kerusi biar pucuk pimpinan bincang, fokus kita ialah mencari jalan bagaimana mengalahkan PAS di Kelantan,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo