NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi akan disiasat berkait kenyataan ‘mafia korporat’



PETALING JAYA:
 Polis Bukit Aman akan menyiasat pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, berhubung dakwaan fitnah dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam, susulan kenyataannya berkaitan ‘mafia korporat’ dan seorang menteri Persekutuan.

Polis turut menyiasat bekas Ahli Parlimen Pandan itu berhubung kenyataannya mengenai Shuhaily Zain, yang baru-baru dilaporkan bakal dipindahkan daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), tempat beliau berkhidmat sebagai ketua pengarah.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata beliau telah dipanggil ke Bukit Aman esok pagi untuk disiasat.

“Saya akan kembali ke Kuala Lumpur dan membatalkan acara kempen saya di Melaka untuk hadir memberi keterangan,” katanya.

Rafizi berkata polis membuka siasatan susulan laporan polis yang dibuat dua hari selepas beliau menyentuh isu ‘mafia korporat’ dalam satu ceramah di Selayang pada 20 Okt lalu.

Isu itu membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk menekan ahli perniagaan supaya menjual saham syarikat pada harga di bawah nilai pasaran.

Beliau berkata dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh dakwaan mengenai Menteri Sumber Manusia R Ramanan dan kes mahkamah Shuhaily, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyerang dua anggota polis di KLIA pada September.

Bekas menteri ekonomi itu berkata siasatan terbaharu terhadapnya tidak berbeza daripada siasatan dan pertuduhan mahkamah yang pernah dikenakan terhadapnya selepas beliau mendedahkan skandal 1MDB dan Tabung Haji sebelum ini.

“Saya pernah disiasat atas kesalahan yang sama, tetapi mahkamah membebaskan saya dalam semua kes tersebut,” katanya.

Pada hujung bulan lalu, Rafizi berkata beliau merancang untuk menyaman Ramanan, naib presiden PKR, berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya, termasuk tuduhan bahawa beliau terbabit dalam rasuah.








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo