NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Representasi gugur kes stoking kalimah Allah diputus 15 Julai

Pengasas KK Mart Chai Kee Kan dan isteri Loh Siew Mui didakwa melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah.


SHAH ALAM: Status representasi Pengasas KK Mart Chai Kee Kan dan isteri Loh Siew Mui untuk menarik balik pertuduhan ke atas mereka berkait isu stoking tertera kalimah Allah diketahui 15 Julai ini.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan representasi dikemukakan pihak pembelaan pada 17 Mei lepas itu masih diteliti Jabatan Peguam Negara.

“Semua tertuduh mengemukakan representasi kepada Pejabat Peguam Negara dan ia diterima pada 26 Mei lepas. Bagi menimbang dan mengkaji representasi itu, pendakwaan memohon tarikh baharu.

“Sekiranya tidak dibantah oleh pihak pembelaan, kami mencadangkan pada 15 Julai depan,” katanya pada prosiding.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh pada prosiding hari ini tidak membantah permohonan pendakwaan itu.

Chai, 57 dan Loh, 53, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan kedai serbaneka itu di cawangan Bandar Sunway pada 6.30 pagi, 13 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding peguam Lau Yi Leong yang mewakili syarikat pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, yang mengedar barangan kepada KK Super Mart, turut akan mengetahui status representasi pada tarikh sama, atas pertuduhan bersubahat mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah.

Pada 26 Mac lepas, Xin Jian Chang dan tiga pengarah syarikat pembekal berkenaan iaitu Soh Chin Huat, 61; Goh Li Huay, 62; dan Soh Hui San, 36; mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo