NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penguatkuasaan Akta 852 ‘hangat-hangat tahi ayam’, pakar tempelak KKM

Mei lalu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan menguatkuasakan Akta 852 sepenuhnya bulan ini sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.


PETALING JAYA: Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) mungkin sekadar ‘hangat-hangat taik ayam’ seperti berlaku pada peruntukan generasi penamat rokok (GEG) yang digugurkan kerajaan, kata pakar.

Dr Zainal Ariffin Omar berkata pengumuman pelaksanaan akta itu yang berkuat kuasa bulan ini dibuat terlalu umum tanpa pelan dan penilaian sewajarnya.

“Rokok elektronik telah menjadi budaya membimbangkan dalam kalangan remaja di seluruh negara.

“Pengumuman Kementerian Kesihatan terlalu umum kerana mereka tidak membentangkan pelan penguatkuasaan dan penilaian sewajarnya,” kata bekas presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) kepada FMT.

Pada 16 Mei lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan menguatkuasakan Akta 852 sepenuhnya bulan ini sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.

Katanya, berdasarkan dapatan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, penggunaan rokok elektronik atau vape membabitkan golongan muda membimbangkan dan memerlukan tindakan pantas serta tuntas.

GATS 2023 diterbitkan Institut Kesihatan Umum, KKM dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Dapatan utama GATS 2023 memaklumkan, prevalens pengguna rokok elektronik semasa meningkat secara drastik daripada 0.8% pada 2011 kepada 5.8% pada 2023.

Prevalens pengguna rokok elektronik dalam kalangan perokok berusia 15 hingga 24 tahun meningkat kepada 8.6% pada 2023 berbanding 1.1% pada 2011.

Sementara itu, ibu bapa yang ditemui FMT berharap kerajaan lebih serius menangani penjualan dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja.

Suri rumah, Syarifah Abdul, 41, berkata kerajaan perlu mempunyai rancangan jelas dan menyeluruh termasuk pemantauan di premis menjual rokok elektronik sama ada kedai fizikal atau dalam talian.

“Kalau rokok biasa pun budak sekolah lepas nak beli…saya harap pihak berkuasa serius memantau penjualan dan penggunaan rokok elektronik.

“Jika tiada penguatkuasaan ketat, akta ini akan jadi seperti undang-undang yang tidak efektif,” katanya yang menyokong penguatkuasaan akta itu.

Pekerja kilang, Muhammad Saffri Kamaruddin, 49, berharap kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada akta itu sebaliknya meningkatkan pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya rokok elektronik.

“Akta sahaja tidak mencukupi jika mereka tidak faham risiko, sebagai bapa kita memang sedaya upaya pantau tetapi ia perlu sokongan pelbagai pihak sebab kita pun tak tahu sejauh mana akta ini boleh selesaikan isu vape dalam kalangan anak kita,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo