NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah RCI Batu Puteh lebih kepada ingin memburukkan Tun Mahathir - Zaid




Peguam Datuk Mohd Zaid Ibrahim berharap kerajaan membatalkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI Batu Puteh kerana implikasi kepada kos yang bakal berlaku selain menjaga hubungan dengan Singapura.


Katanya, dalam hal membawa pertikaian kedaulatan ke ICJ Malaysia telah bersetuju untuk bersetuju dengan segala keputusan yang dibentangkan, namun dengan langkah RCI Batu Puteh beliau mendakwa ia lebih kepada tujuan untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau bimbang dengan masa dan kewangan yang diperuntukkan kepada RCI itu, ia tidak  memberikan apa-apa jawapan seperti RCI lain terdahulu.


Pada masa yang sama Peguam Kanan, Muhammad Haniff Khatri Abdulla mencadangkan kerajaan untuk menggantikannya kepada RCI Titah Adendum kerana RCI Adendum banyak menampilkan persoalan yang masih belum dijawab.


Kedua-duanya membicarakan perkara itu dalam The Zaid Ibrahim Podcast.


Sumber : FB Datuk Zaid Ibrahim


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo