NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuntut palsu baik pulih rumah, bekas pembantu Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000

Mohamad Khalid Abdul Hamid melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok, pada 20 Jan 2020. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Bekas pegawai tugas-tugas khas kepada bekas Ahli Parlimen Merbok dijatuhi hukuman denda RM45,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan kemuka tuntutan palsu berkaitan bantuan baik pulih rumah berjumlah RM29,500, empat tahun lalu.

Mohamad Khalid Abdul Hamid, 46, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar N Priscilla Hemamalini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM15,000 bagi setiap pertuduhan dan akan dihukum penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Khalid dengan curangnya telah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu tiga invois atas syarikat Zaifol Azri Abu Seman berjumlah RM29,500 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok, pada 20 Jan 2020.

Menurut Bernama, bagi setiap pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan berleluasa serta merugikan kerajaan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan memandangkan dia kini yang bekerja sebagai penjaga stor dengan pendapatan RM2,500 sebulan, perlu menyara ibu yang tidak sihat serta tiga anak saudara.

Pendakwaan dikendalikan tiga pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Zahariman Keman, Muhamad Taufik Awaludin, dan Mohd Yasri Yahya.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo