NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Utamakan keperluan rakyat, MMA beritahu UiTM

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Azizan Abdul Aziz berkata UiTM perlu menyokong usaha melahirkan lebih ramai pakar bedah kardiotoraks.



PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengutamakan keperluan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada golongan bukan Bumiputera.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, berkata kekurangan kritikal pakar dalam negara, khasnya pakar bedah kardiotoraks, menyebabkan tempoh menunggu lama untuk pembedahan kritikal dan menyebabkan kematian.

“Ada pesakit menunggu enam bulan hingga setahun untuk pembedahan pintasan dalam sistem penjagaan kesihatan awam kita. Ada yang mati semasa menunggu giliran mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Dengan kelaziman penyakit tidak berjangkit yang tinggi di negara ini, kita boleh menjangkakan jumlah pesakit memerlukan prosedur menyelamatkan nyawa yang dilakukan pakar bedah kardiotoraks akan meningkat.”

Azizan berkata, penjagaan kesihatan tidak patut dipolitikkan dan UiTM perlu menyokong usaha melahirkan lebih ramai pakar bedah kardiotoraks.

“Jika UiTM boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa, kami tidak nampak sebab ia tidak boleh membuka pintu kepada semua rakyat Malaysia, atas dasar keperluan.”

Baru-baru ini, portal berita kesihatan CodeBlue melaporkan UiTM sedia menerima “sementara” pelatih bukan Bumiputera daripada program laluan selari dalam program pembedahan kardiotoraksnya.

Dr Raja Amin Raja Mokhtar dari Fakulti Perubatan UiTM mencadangkan langkah itu sebagai penyelesaian kepada beberapa kelayakan pelatih tidak diiktiraf.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu belum dibincangkan.

Semalam, Naib Canselor UiTM Shahrin Sahib dipetik Malaysiakini berkata institusi itu kekal tertutup kepada bukan Bumiputera, tetapi akan menerima apa saja keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo