Pengarah pilihan rayanya, Mohd Fauzi Mohd Bashir berkata lima teras manifesto itu memfokuskan kepada bidang pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesihatan dan perindustrian.
“Calon Ustaz Zamani Ibrahim memahami realiti Nilai yang menikmati pembangunan besar namun berdepan masalah ketirisan nilai. Ini terbukti melalui tahap gaji dan ekonomi setempat.
“Ustaz Zamani memahami realiti pembangunan fasiliti di Nilai yang dilihat terpinggir daripada hak kemajuan sebenar serta tidak sepadan dengan kepadatan penduduknya.
“Ini terbukti melalui kegagalan perancangan bandar dan penyediaan fasiliti mengikut kadar pembangunan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook malam tadi.
Mohd Fauzi berkata fokus Ustaz Zamani juga tertumpu kepada bidang pendidikan dengan melihat realiti murid semasa yang bergelut dengan isu kepadatan bilik darjah.
Katanya, tidak dilupakan agenda Melayu-Islam apabila Ustaz Zamani komited untuk menampilkan lebih ramai pimpinan Melayu Islam di kawasan Nilai.
“Ustaz Zamani merasakan keperluan untuk bersatu dengan agenda Melayu-Islam yang kukuh terutamanya dengan meletakkan lebih ramai wakil Melayu Islam yang berwibawa dan berkualiti.
“Presiden BERJASA calon yang bertanding atas tiket nombor satu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai komited sebagai pendengar isi hati dan pembawa suara baharu rakyat Nilai,” katanya.
Antara tekad dan tawaran Ustaz Zamani dalam PRN kali ini ialah bandar pendidikan bertaraf dunia dengan memperkenalkan projek Lembah Edu-Tech sebagai hab akademik antarabangsa.
Ustaz Zamani juga bertekad untuk membina sebuah hospital kerajaan di Nilai yang bakal menjadi keutamaan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
Memenuhi aspirasi penduduk Nilai, Ustaz Zamani bakal memfokuskan kepada isu kesesakan Jalan Pajam-Nilai-Salak dengan menawarkan perancangan kemudahan bandar yang lebih teliti.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment