Rabu lalu perdana menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember ini yang melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion. |
HULU SELANGOR: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan kenaikan gaji penjawat awam diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah bahan kempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu.
Beliau berkata, sebaliknya perkara itu sudah lama diteliti oleh kerajaan perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lalu sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
“Jika dilihat pada garis masa pengumuman itu dibuat, ia akan menjawab sendiri persoalan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Aidilfitri di Maktab Polis Diraja Malaysia.
Saifuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal baru-baru ini bahawa pengumuman itu tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi pada PRK berkenaan.
Rabu lalu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember ini yang melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
Dalam pada itu, Saifuddin juga meminta Wan Fayhsal, yang juga Ahli Parlimen Machang, dan pemimpin lain Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak kenaikan gaji penjawat awam.
PRK Kuala Kubu Baharu, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada Selasa depan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment