NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pinda atau mansuh undang-undang had kebebasan media, seru CIJ

Pengarah CIJ, Wathshlah G Naidu, menggesa kerajaan meminda atau memansuhkan undang-undang yang mengehadkan kebebasan media.


PETALING JAYA: Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa kerajaan meminda atau memansuhkan undang-undang yang mengehadkan kebebasan media, selepas kedudukan negara dalam indeks kebebasan media menurun.

Pengarah Wathshlah G Naidu berkata pihaknya nampak sedikit kemajuan dalam memansuhkan dan meminda undang-undang yang mengehadkan itu.

Wathshlah merujuk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Akta Rahsia Rasmi.

Beliau turut merujuk kepada Seksyen 203A, 298A, 500, dan 505(b) Kanun Keseksaan.

Wathshlah juga mengkritik pembatalan pas media bagi organ rasmi PAS, Harakah.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan RSF hari ini melaporkan kedudukan Malaysia turun ke tangga 107 daripada 73 tahun lepas.

Sementara itu, jurucakap kerajaan yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau menerima laporan RSF dengan hati terbuka.

“Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebarang maklumat palsu,” katanya di platform X.

Katanya, beliau dan pasukannya akan menghadap laporan itu dan merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo