NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis edar fotofit suspek kes simbah asid Faisal Halim




PETALING JAYA: Polis mengedarkan lakaran fotofit wajah suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain sayap Selangor FC Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata suspek lelaki itu berusia dalam anggaran 30 tahun, dengan ketinggian 160cm, bersaiz badan sederhana, dan berkulit sawo matang.

Faisal yang dikenali sebagai ‘Mickey’ dirawat di sebuah hospital swasta dan keadaannya dilaporkan stabil.

Serangan terhadap Faisal berlaku beberapa hari selepas pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid, disamun dua individu ketika pemain kebangsaan itu juga selesai latihan.

Akhyar dilaporkan cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun.

Beberapa hari selepas itu, cermin kereta bekas kapten Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim, dipecah menggunakan tukul oleh individu menunggang motosikal.


Sumber | FMT Malaysia




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo