NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen solidariti terhadap Palestin perlu berhemah – Mohd Na’im



KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dalam melaksanakan kempen solidariti terhadap rakyat Palestin.

Ia termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan terhadap rakyat di negara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan yang dilakukan pihak zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil termasuk kempen solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem kepada mana-mana pihak. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Na’im menyeru agar semua pihak sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan sebarang tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali. – MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo