NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kegiatan hiburan ‘melampaui batas’ ini tidak wajar diteruskan, tambahan melibatkan GLC seperti KTMB, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Acara ‘Pinkfish Express’ yang berlangsung Khamis lepas dikhuatiri mencemarkan nama baik KTMB, yang merupakan ‘aset bersejarah negara’, kata Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.


PETALING JAYA: PAS menggesa agar kerajaan menyiasat kelulusan yang diberikan untuk penganjuran acara ‘Pinkfish Express’ yang berlangsung pada Khamis lepas, melibatkan gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, acara hiburan sedemikian tidak wajar diadakan kerana tidak selari dengan falsafah Malaysia Madani serta budaya Timur.

Acara anjuran Pinkfish Festival itu juga dikhuatiri akan mencemarkan nama baik KTMB, yang merupakan ‘aset bersejarah negara’, tambahnya.

“Pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana,” kata Ahmad Fadhli dalam kenyataan.

“Budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam, seperti mana ditonjolkan oleh pesta hiburan ini pada 16 Mei lepas, tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset negara bersejarah.

“Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasikan program ini seperti contoh bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani yang dibawakan oleh Perdana Menteri ke-10 merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim.”

Sehubungan itu, PAS menegaskan agar kegiatan yang disifatkannya melampaui batas ini tidak sepatutnya diteruskan, tambahan apabila melibatkan syarikat berkaitan kerajaan seperti KTMB.

“Imej KTMB serta pengamalan budaya hiburan yang sederhana tanpa dicedok daripada mana-mana negara Barat harus dipertahankan dalam Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya.

Acara yang dikatakan “festival hiburan pertama atas kereta api Asia Tenggara” diadakan menggunakan gerabak KTM, bermula dari Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.

Hantaran yang dikongsi di media sosial menunjukkan hadirin menari dalam acara tersebut, diiringi persembahan muzik DJ.

Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo