NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyasaran subsidi perlu adil, kata Wan Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kritikan PN tidak pernah menolak langkah memperkenalkan penyasaran subsidi, namun mempersoalkan pelaksanaannya.


PETALING JAYA: Penyasaran subsidi bahan api bermula diesel harus adil kepada semua orang, kata Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan ‘orang kaya’ juga mempunyai kedudukan dalam ekonomi negara.

Ahli Parlimen Machang itu berkata PN tidak pernah menolak penyasaran subsidi namun mahu pelaksanaannya adil kepada semua yang bagaimanapun menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak akan dinikmati golongan maha kaya dan warga asing mengikut perancangan kerajaan.

Menurutnya, kritikan PN sebelum ini kerana berpegang kepada janji Anwar untuk menurunkan harga minyak ketika berkempen di blok pembangkang sebelum memegang tampuk pentadbiran mulai November 2022.

“PN tak pernah membeza-bezakan dari segi bantuan atau pembangunan untuk rakyat, kaya, miskin, maha kaya ada kedudukan dalam ekonomi negara.

“Soalnya kenapa Anwar main taichi berdolak dalik menunaikan janji beliau kemukakan setahun sebelum jadi kerajaan (turun harga minyak) dalam kongres PKR,” katanya kepada FMT mengulas kenyataan Anwar semalam sama ada PN akan terus memberikan subsidi kepada orang kaya dan warga asing jika mereka masih berkuasa.

“Adakah Perikatan Nasional akan terus memberi subsidi kepada orang kaya dan warga asing (jika mereka berkuasa)? Jawab itu dulu. Itulah yang akan menggusarkan rakyat,” kata Anwar seperti dilaporkan Bernama.

Kenyataan menteri kewangan itu susulan kritikan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bahawa penyasaran subsidi bahan api bermula diesel akan memberi kesan menyeluruh kerana ia melibatkan keseluruhan rantai ekonomi, ketika rakyat terbeban dengan kos sara hidup.

Beliau malah menyifatkan perutusan Anwar Selasa lalu ‘tidak melegakan rakyat yang sedang dihimpit kesan kenaikan kos sara hidup’.

Selasa lalu, Anwar mengumumkan persetujuan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung, -langkah dijangka menjimatkan RM4 bilion setahun.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus menyediakan subsidi kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel, melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Ia bertujuan membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo