NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faisal Halim dibenar keluar hospital

Setelah dibenarkan keluar dari hospital, Faisal Halim kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan, menurut Selangor FC. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Pemain Selangor FC Faisal Halim, yang mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid awal bulan ini, dibenarkan keluar dari hospital selepas 20 hari menerima rawatan.

Selangor FC memaklumkan, Faisal dibenarkan keluar setelah proses pemulihannya selepas menjalani empat pembedahan didapati memberangsangkan.

“Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan menjangkaui jangkaan semua pihak.

“Faisal kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan,” kata Selangor FC dalam kenyataan.

Sementara itu, pihak kelab dan keluarga Faisal turut memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang agar pemain bola sepak negara itu dapat melalui proses pemulihan dengan sebaiknya.

“Mari kita bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan sepenuhnya buat Faisal dan semoga beliau dan keluarga terus diberi kekuatan mengharungi waktu yang sukar ini,” kata pihak kelab.

Dilaporkan pada Rabu lepas, Faisal menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan keempat.

Pada 5 Mei, Faisal melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo