Poster dan gambar tular menunjukkan wanita berpakaian seksi dalam parti liar dinamakan ‘Aloha Party’ yang didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah. (Gambar Facebook) |
“Melalui semakan, kita tidak mendapat sebarang makluman oleh pihak resort berkaitan aktiviti yang diadakan itu,” katanya.
Semalam, tular poster dan gambar menunjukkan wanita berpakaian seksi menghadiri parti liar dinamakan ‘Aloha Party’ didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah yang dikritik warganet kerana tidak sesuai diadakan di Terengganu.
Susulan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Razali Idris berkata pihak resort berkenaan dipanggil memberi penjelasan esok berhubung perkara itu.
Katanya, pertemuan itu turut membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Razali meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.
“Jika ada bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.”
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment