NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hal ‘rumah tangga’ bincang dalaman, Peja beritahu ahli Bersatu

Ahmad Faizal Azumu mengulangi pendirian tidak mencabar jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun ini. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata hal ‘rumah tangga’ parti mesti dibincang secara dalaman tanpa perlu membuka ruang perdebatan di khalayak termasuk melalui saluran media.

Respons itu susulan cadangan seorang pemimpin supaya Bersatu melonggarkan syarat kepada calon ingin bertanding jawatan tertinggi parti melalui Perkara 14.14 perlembagaannya.


“Saya tak mahu ulas lanjut, kerana perkara seperti ini tak perlu kita ulas di khalayak, kerana mereka semua rakan-rakan saya, pejuang dalam Bersatu yang saya hormati, yang kita mesti sama-sama perkukuh dan perkasakan.

“Apa juga perkara dalam rumah tangga, bincang dalam rumah tangga,” katanya kepada FMT.


Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan jan, berkata Faizal satu-satunya individu layak bertanding lima jawatan tertinggi pada pemilihan parti September ini jika ia tidak memberi kelonggaran kepada syarat ditetapkan.

Perkara 13.7 Perlembagaan Bersatu menetapkan untuk mana-mana ahli layak bertanding lima jawatan tertinggi parti harus memegang jawatan ketua bahagian atau MPT selama lengkap dua penggal.

Perkara 14.14 Perlembagaan Bersatu pula menyatakan MPT berhak memberi kelonggaran kepada mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Wan Saiful berkata, jika kelonggaran tidak diberikan, Azmin Ali dan Hamzah Zainudin juga tidak layak bertanding selain kejanggalan akan berlaku seperti Ronald Kiandee tidak layak mempertahankan jawatan naib presiden disandangnya.


Sementara itu, Faizal mengulangi pendirian tidak mencabar jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun ini, sambil menyatakan kekuatan parti terletak kepada kepimpinan Muhyiddin.

“Pada pandangan saya, kekuatan parti banyak terletak melalui kepimpinan Muhyiddin. Saya secara peribadi nak pertahankan kepimpinan tersebut,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo