NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelaku ‘drag queen’ di majlis rumah terbuka Syawal boleh didakwa – PPMM

Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.


  • Pemilik dan pelaku di dalam video kontroversi yang memaparkan ratu pondan berpakaian seksi dan beraksi lucah di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri boleh didakwa sama ada mengikut undang-undang syariah dan sivil.
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa untuk menuduh atas kesalahan individu lelaki berlagak seperti perempuan dan/atau perbuatan tidak sopan di bawah undang-undang jenayah syariah.
  • Beliau berkata bagi kesalahan individu lelaki berlagak seperti perempuan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
  • Katanya, kesalahan bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam adalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
  • “Terpulang kepada pendakwa negara dan/atau pendakwa syarie untuk memutuskan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas pemilik majlis, ratu pondan itu sendiri dan mereka yang merakam aksi tidak senonoh tersebut, dan memuat naiknya ke Facebook.
  • Muhamad Hisham berkata kelompok sebegitu wajar diboikot dan tidak diangkat di dalam masyarakat kerana membawa pengaruh buruk.

KUALA LUMPUR —  Pemilik dan pelaku di dalam video kontroversi yang memaparkan ratu pondan berpakaian seksi dan beraksi lucah di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri boleh didakwa sama ada mengikut undang-undang syariah dan sivil.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa untuk menuduh atas kesalahan individu lelaki berlagak seperti perempuan dan/atau perbuatan tidak sopan di bawah undang-undang jenayah syariah.

Beliau berkata bagi kesalahan individu lelaki berlagak seperti perempuan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Manakala, kesalahan bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam adalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Pemilik video dan pelaku di dalam video tersebut boleh didakwa samada mengikut undang-undang syariah dan sivil. 

“Undang-undang jenayah syariah hampir setiap negeri mempunyai kuasa untuk menuduh atas kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan dan/atau perbuatan tidak sopan. 

“Terpulang kepada pendakwa negara dan/atau pendakwa syarie untuk memutuskan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas pemilik majlis, ratu pondan itu sendiri dan mereka yang merakam aksi tidak senonoh tersebut, dan memuat naiknya ke Facebook.

TMT sebelum ini melaporkan sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.

Video itu dikongsikan di Facebook SweetDara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM yang memaparkan rakaman suaminya sendiri, Razman Ramli dihimpit individu dari kelompok LGBT di meja makan sebelum Razma‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ ratu pondan berkenaan.

Rakaman video itu mengundang kritikan netizen Muslim yang menuntut majlis agama supaya mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan tersebut, malah ada di antara mereka meminta perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat. 

Mengulas lanjut, Muhamad Hisham berkata kelompok sebegitu wajar diboikot dan tidak diangkat di dalam masyarakat kerana membawa pengaruh buruk.

“Video tersebut jelas menunjukkan budaya kelucahan di dalam masyarakat Islam telah menjadi norma budaya yang makin membarah. 

“Budaya hedonisme ini tidak wajar dibiarkan dan dipertonton secara terbuka kepada masyarakat. 

“Perbuatan ini adalah jijik dan bertentangan dengan norma, tatasusila dan budaya masyarakat Timur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo