NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel guna nuklear di Gaza, pengeboman Hiroshima ‘keputusan tepat’ – Senator AS



  • Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham dikecam kerana membuat perbandingan di antara serangan Israel ke atas Gaza dan keputusan AS menggugurkan bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia II.
  • Kenyataan Senator AS itu disusuli gesaannya supaya Israel “lakukan apa sahaja yang perlu dilakukan”.
  • Bercakap di NBC’s Meet the Press pada Ahad, ahli parti Republikan Carolina Selatan itu dilihat menjustifikasikan serangan Israel ke atas Rafah dan menggelar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 sebagai “keputusan yang tepat” untuk AS.
  • “Apabila kita berdepan dengan kemusnahan sebagai sebuah negara selepas Pearl Harbor, melawan Jerman dan Jepun, kita putuskan untuk menamatkan perang dengan mengebom Hiroshima, Nagasaki dengan senjata nuklear,” kata Graham kepada Kristin Welker dipetik The Independent.
  • Senator AS itu turut membuat gesaan supaya Israel diberikan kelengkapan bom seperti mana diperlukan dan dilakukan apa sahaja supaya negara haram Yahudi itu terus dikekalkan.

Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham dikecam kerana membuat perbandingan di antara serangan Israel ke atas Gaza dan keputusan AS menggugurkan bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia II.

Kenyataan Senator AS itu disusuli gesaannya supaya Israel “lakukan apa sahaja yang perlu dilakukan”.

Bercakap di NBC’s Meet the Press pada Ahad, ahli parti Republikan Carolina Selatan itu dilihat menjustifikasikan serangan Israel ke atas Rafah dan menggelar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 sebagai “keputusan yang tepat” untuk AS.

“Apabila kita berdepan dengan kemusnahan sebagai sebuah negara selepas Pearl Harbor, melawan Jerman dan Jepun, kita putuskan untuk menamatkan perang dengan mengebom Hiroshima, Nagasaki dengan senjata nuklear,” kata Graham kepada Kristin Welker dipetik The Independent.

“Itulah keputusan yang tepat,” kata Senator AS itu.

Dua letupan atom dan radiasi yang berlaku dianggarkan membunuh antara 129,000 dan 226,000 orang, kebanyakannya orang awam.

Dia turut membuat gesaan supaya Israel diberikan kelengkapan bom seperti mana diperlukan dan dilakukan apa sahaja supaya negara haram Yahudi itu terus dikekalkan.

“Beri Israel bom yang mereka perlukan untuk tamatkan perang yang mereka tidak mampu kalah dan bekerjasamalah dengan mereka untuk meminimakan korban.

“Kepada Israel, lakukan apa sahaja yang kamu perlu lakukan untuk terus hidup sebagai negara Yahudi. Apa sahaja yang kamu perlu lakukan,” kata Graham. – The Merdeka Times


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo