NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasihat Untuk Jemaah Haji Jika Pinjam Matawang Riyal

Sekarang musim haji. 

Beruntunglah mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Haram.

Seperti biasa, kita tidak dapat gunakan wang Ringgit di sana. Malah wang Ringgit tidak dapat digunakan selain daripada negara di Malaysia.

Maka jemaah perlukan wang Riyal iaitu wang rasmi di Saudi Arabia.
Namun kadang-kadang jemaah haji tidak membawa wang tunai Riyal dengan mencukupi. Dan mungkin di samping itu, terlupa pula nak aktifkan kad debit untuk dipakai diluar negara dan tak ada pula kad kredit.

So apa mereka boleh buat?

Mereka mungkin terpaksa pinjam wang Riyal dari Jemaah yang lain.
Jika ini berlaku, nasihat kami pastikan patuh kepada bay’al-saf iaitu akad pertukaran wang.

1. Semasa meminjam, hanya sebut “saya pinjam Riyal sebanyak sekian-sekian dan bila balik Malaysia nanti saya akan bayar Insya Allah.”

2. ELAKKAN sebut “saya pinjam Riyal sebanyak sekian-sekian dan bila balik Malaysia nanti saya akan bayar dalam Ringgit Malaysia Insya Allah.”

Bila dijanji bayar dalam matawang lain iaitu Ringgit Malaysia, maka ia tidak lagi jadi akad pinjaman, ia secara otomatik akan jadi akad pertukaran wang.

Bila terjadi akad pertukaran wang, maka wajib tukar on the spot, secara tunai atau secara la ni, tak boleh tangguh-tangguh.

Tapi dijanji bayar bila balik ke Malaysia kan? Maka bila berjanji begitu, ia akan terlibat riba nasa’ atau riba nasiah iaitu riba akibat pertangguhan pertukaran barang ribawi yang sama.

Macam mana nak elakkan riba ini? Macam ni...

1. Seperti di atas, semasa meminjam, hanya sebut “saya pinjam Riyal sebanyak sekian-sekian dan bila balik Malaysia nanti saya akan bayar Insya Allah.”

2. Bila sampai di Malaysia, bayarlah dalam Riyal atau Ringgit pun boleh pada bila-bila masa yang dijanjikan.

3. Jika bayar dalam Ringgit, perlu didasarkan kepada kadar pertukaran semasa.

4. Jika bayar dalam Ringgit, mesti bayar penuh sekali gus dan tidak boleh hutang-hutang atau bayar ansuran lagi. Jika bayar ansuran, terlibat riba nasiah lagi.

Yang paling penting, jangan lupa atau buat-buat lupa bayar hutang.

Semoga mendapat haji mabrur.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo