NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima ADUN Lantikan Pahang tak berfungsi, dakwa Jasri

Jasri Jamaludin dan Mohd Yazid Mohd Yunus menandatangani Arahan Bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Arahan MPT Bersatu) hari ini di hadapan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Safuddin Abdullah hari ini



KUANTAN – Pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan di Pahang didakwa tidak berfungsi tetapi hanya wayang semata-mata.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin mendakwa lantikan tersebut tidak berasaskan kepentingan rakyat kerana mereka tidak dapat memberikan perkhicmatan kerana tidak mempunyai kawasan rasmi.

Malahan wakil rakyat Bersatu itu berkata, ada dalam kalangan jawatan mereka bertindih dengan potfolio sedia ada kerana melantik orang sama namun menggalas dua jawatan dan dilihat ia lebih bermotifkan keuntungan peribadi.

“Lantikan tersebut berdasarkan lantikan politik semata-mata, jadi tiada keperluan sebenarnya melantik mereka ini (lima ADUN Lantikan).

“Saya tidak nampak pemegang-pemegang jawatan ini manfaatkan tugasan kepada rakyat. Mereka tidak berfungsi. Ini kerana mereka tiada kawasan masing-masing dan ada kedudukan mereka bertindan.

”Kalau di kawasan mereka kalah ini sudah ada penyelaras DUN masing-masing, jadi apa fungsinya lagi nak lantik lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Indera Mahkota selepas menandatangani Arahan Bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Arahan MPT Bersatu) hari ini.

Akuan tersebut turut ditandatangani oleh ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dan disaksikan oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Tambah Jasri, lantikan tersebut juga dilihat membazir duit kerajaan negeri sehingga menelan kos jutaan ringgit dan berharap sewajarnya perbelanjaan tersebut disalurkan kepada medium yang lebih strategik.

”Setiap perbelanjaan bagi ADUN Lantikan tersebut menelan kos hampir berbelas ribu, setahun RM1 juta lepas itu nak tunggu tiga tahun akan datang, bazir dekat RM3juta.

”Kalau nak dibandingkan jumlah tersebut diberikan kepada ADUN kawasan masing-masing untuk melaksanakan projek kecil, saya rasa itu lebih bermanfaat kepada rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Yazid pula berpendapat, kerajaan negeri gagal mengotakan janji lantikan tersebut asalnya mewakili kelompok tertentu seperti wakil Orang Asli, orang kelainan upaya selain golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

“Lebih ralat pada mulanya kerajaan negeri mengatakan ADUN Lantikan terdiri daripada mereka yang bukan berlandaskan politik tetapi yang telah terjadi ialah sebaliknya.

“Empat daripada lima yang dilantik memang clear (berlatar belakang politik). Pihak kami rasa lucu sebab apa yang mereka jelaskan tidak seperti dizahirkan. Kami bersetuju jika lantikan itu dari golongan profesionali,” katanya.

Terdahulu pada 13 Mei lalu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang telah meluluskan lima ADUN Lantikan.

Pelantikan kelima-limanya tanpa melalui proses pilihan raya  diluluskan setelah mendapat majoriti mudah dan diumumkan pada persidangan berkenaan.

Lima ADUN lantikan tersebut terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo