NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi cabar PN kumpul bukti petisyen PRK KKB



PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) dicabar untuk mengemukakan petisyen pilihan raya mengenai kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu. 

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pembangkang boleh berbuat demikian dengan mengemukan bukti-bukti yang didakwa sebagai salah guna kuasa.

“Kumpullah (bukti-bukti) tersebut. Benda-benda begitu cukup-cukuplah,” katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini. 

Fahmi berkata demikian mengulas soalan mengenai kenyataan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pihaknya sedang mengumpulkan fakta dan bukti salah laku dalam PRK Kuala Kubu Baharu sebelum mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Arahan itu kata Mohamed Azmin dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi mengumpulkan fakta sebelum disemak peguam.

Beliau yang juga Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN berkata, pihaknya turut meletakkan satu tempoh sebelum petisyen itu dihantar namun semuanya tertakluk kepada pengumpulan bukti berkenaan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH memenangi DUN Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei lalu memperlihatkan PH mempertahankan kerusinya selepas calonnya, Pang Sock Tao, menang dengan majoriti 3,869 undi. 

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabarnya dari PN, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi; calon BEBAS, Nyau Ke Xin (188 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin (152 undi). 

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo