NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Makan ubat kena ikut waktu. Semoga segera sembuh Bang Khalid – Afnan



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden membidas kenyataan Pengerusi Parti Amaman Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang mengatakan kempen politik dibawa Pas turut menyumbang bertambahnya tindakan ektremisme. 

Afnan Hamimi turut menyindir Khalid agar tidak telat mengambil ubat. 

“Makan ubat kena ikut waktu. Semoga segera sembuh Bang Khalid (Samad),” katanya dalam satu kenyataan. 

Ahli Parlimen Alor Setar itu mengulas kenyataan Khalid bahawa kempen kebencian dan dakyah bahawa Islam terancam dibawa Pas juga menyuburkan ektremisme agama.

Khalid berkata demikian mengulas pendirian parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok daripada ancaman bunuh. 

Khalid sebelum itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan solidariti parti itu terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan mengutuk keras insiden ugutan bunuh terhadap pemimpin DAP itu. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo