NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khemah, kerusi, meja diletak peniaga di bahu jalan disita DBKL

Penguat Kuasa DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang diletakan peniaga di bahu jalan. - FB DBKL


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita khemah, kerusi dan meja di bahu Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Alang, Jalan Daud dan sekitar Kampung Bharu yang mewujudkan halangan.

Tindakan itu diambil dalam operasi Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat DBKL Cawangan Titiwangsa, semalam. 

Dalam kenyataan di Facebook, DBKL memaklumkan, operasi sitaan dan pindah halangan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Antara barangan yang disita adalah meja lipat, kerusi, kanopi, meja besi dan lain-lain peralatan yang diletakkan di hadapan premis. 

"Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya," katanya. 

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri tindakan khas di 11 kawasan Parlimen sekitar Kuala Lumpur.



Sumber | BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo