NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan mesti berhenti salah guna akta ala Korea Utara - Rais Yatim




Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengingatkan kerajaan campuran agar tidak meneruskan pemerintahan ala Korea Utara. 


Tan Sri Rais Yatim berkata kerajaan campuran perlu segera berhenti menyalah guna Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


“Saya amat terkejut sebab Seksyen 233 akta itu kita gunakan pada hal-hal yang paling susah, paling teruk dan luar biasa. 


“Kalau setakat orang bercakap mengkritik, kalau setakat hanya Presiden NGO mengeluarkan pendapat. Kita tidak boleh gunakan seksyen itu. Salah guna ertinya. 


“Kita sudah tengok cara pemerintahan ala Korea Utara ini tidak lama tahannya. Jadi kalau Madani hendak lama bertahan eloklah berfikir semula,” katanya. 


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:


https://www.tiktok.com/@beritapertiwi


https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo