NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan bumiputera pun tidak mahu masuk UiTM – MIPP



KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Kebangsaan Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), M Suthan membidas Ketua Pemuda UMNO yang mengeluarkan kenyataan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mesti dipertahankan daripada bukan bumiputera.

Tegasnya, Dr Akmal Saleh secara melulu berimaginasi apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, bukan bumiputera tidak berhasrat untuk masuk ke universiti tersebut.

“Dr Akmal Saleh, ‘menteri boikot Madani’ kali ini menghasut bahawa UiTM perlu dipertahankan daripada non-bumiputera.

“Eh… Takde (Tiada) mana-mana orang non bumi yang pertikai. Jangan melalut, melulu sampai delulu YB. Menteri sebenar (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudah keluar jaminan ada Akta UiTM dan sejujurnya kami tidak hendak pun nak masuk UiTM,” katanya menerusi video yang disiarkan di aplikasi TikTok.

Beliau yang mendakwa Dr Akmal menggunakan isu UiTM sebagai topik yang membawa keuntungan politik untuknya dalam masa yang sama mengingatkan agar tidak membawa isu perkauman.

“Kami tidak kisah kalau anda mahu sensasi kan sesuatu untuk keuntungan politik anda tapi pada masa akan datang keep your non bumis out of your fantasy.. Racist spiels  (Ucapan perkauman),” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Jangan ganggu, UiTM hak bumiputera – Dr Akmal

UiTM: Jangan ambil hak kami

Hak UiTM untuk bumiputera perlu dipelihara selayaknya – Pelajar

MPP UiTM nafi anjur himpunan, kempen pakai baju hitam sahaja – Amir Nur Rashid

Dasar pengambilan pelajar kekal – UiTM

Pertahankan hak UiTM, hormati Peruntukan 153 Perlembagaan – MPPK

Dr Akmal baru-baru ini berkata, beliau akan mempertahankan UiTM untuk pendidikan bumiputera sahaja.

Sehubungan itu, beliau meminta tidak ada mana-mana pihak yang mendesak supaya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

Isu ini tercetus selepas sebuah portal berita kesihatan pada 25 April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di universiti berkenaan.

Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan tidak ada perbincangan mengenai kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM.

Sebaliknya, ujar beliau isu tersebut sengaja dijadikan polemik oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.- MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo