NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin dipanggil polis berhubung perkara dibangkit di DUN

Ketua Pembangkang Selangor Azmin Ali berkata beliau selaku Adun membahaskan beberapa isu berkenaan pentadbiran kerajaan Selangor.


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali, berkata beliau dipanggil polis untuk memberi kenyataan berkenaan perkara yang beliau bangkitkan di DUN.

Pengerusi Perikatan Nasional Selangor itu berkata beliau diserahkan notis untuk menghadirkan diri ke IPD Shah Alam, esok.

Dengan merujuk kepada Perkara 72 Perlembagaan dan Seksyen 2 dan 3 Jadual dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Azmin mendakwa tindakan mengeluarkan notis tersebut melanggari perundangan dan tidak mengikut Perlembagaan.

“Saya menyeru dan menggesa speaker DUN untuk melindungi prosiding Dewan dan mempertahankan hak kebebasan bersuara serta perbahasan di dalam Dewan…dan hentikan semua dan mana-mana cubaan untuk menyekat kebebasan dan hak serta keistimewaan ahli-ahli DUN,” katanya di ibu pejabat PN.

Menurut kenyataan yang diedarkan pada sidang media tadi, Azmin berkata beliau selaku ahli DUN membahaskan beberapa isu berkenaan pentadbiran kerajaan Selangor, khususnya berkenaan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Adun Hulu Kelang itu, yang juga bekas menteri besar, berkata hak kebebasan bersuara dan perbahasan di dalam prosiding DUN ‘tidak boleh dicabar atau dipertikai di dalam mana mahkamah atau tribunal’ luar daripada DUN.

Beliau mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk menyemak tindakan atau keputusan polis mengeluarkan notis tersebut.

Beliau juga berkata peguamnya menghantar surat kepada polis meminta temubual ditangguhkan dan digantung, sementara menunggu keputusan mahkamah.

Mac lalu, Azmin meminta penjelasan kerajaan negeri selepas PKNS menjual hak pembangunan PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan bernilai RM1.04 bilion kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan nilai RM270 juta, menurut laporan media.

Menteri Besar Amirudin Shari dilapor berkata keputusan menjual hak pembangunan PJ Sentral adalah untuk keluar daripada ‘perangkap aliran tunai’.

Beliau menolak dakwaan prestasi kewangan PKNS kurang baik, dan PKNS juga tidak menanggung hutang RM5.7 bilion seperti didakwa sesetengah pihak.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo