NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN kumpul bukti fail petisyen PRK KKB

Pada PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).


KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen terhadap PRK Kuala Kubu Baharu yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao 11 Mei lalu.

Pengarah Pilihan Raya PN PRK Kuala Kubu Baharu, Azmin Ali, berkata 16 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) masih dalam proses itu sebelum dikemukakan kepada barisan peguam untuk petisyen difailkan.

“Arahan diberi pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) untuk kumpul semua fakta dan bukti yang kita dapat kutip di lapangan untuk disemak barisan peguam kita lantik.

“Kita akan pilih kes lebih berat untuk kemuka petisyen PRK dan itu tertakluk kepada keupayaan mengumpul maklumat tepat sebelum kemuka permohonan rasmi,” katanya yang juga ketua PN Selangor pada sidang media.

Pada PRK Kuala Kubu Baharu, Pang menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Pada 6 Mei lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK Kuala Kubu Baharu.

Takiyuddin mendakwa, kerajaan perpaduan menyalahgunakan kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK berlangsung.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Pengarah Pilihan Raya PH Steven Sim yang menegaskan gabungan berkenaan mematuhi undang-undang pilihan raya.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abd Ghani Salleh, berkata mana-mana pihak termasuk PN bebas memfailkan petisyen jika mempunyai bukti berlaku kesalahan sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Katanya, petisyen itu harus dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRK 11 Mei lalu diwartakan.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo