NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1.2 juta pelancong China: Melancong atau “melencong”?




PERBATASAN Malaysia sekali lagi bakal diuji dengan pengumuman oleh Jabatan Imigresen Malaysia bertarikh 2 Mei 2024. Pekeliling tersebut merupakan arahan pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk bagi warganegara Republik China dan India di bawah pelan liberalisasi visa.

Di sebalik pelan pemulihan sektor pelancongan dari luar negara dan memastikan pengaliran wang masuk daripada pelancong luar seperti China, para pemimpin perlu meneliti kelonggaran yang bakal diberikan.

Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) meneliti isu ini dan menzahirkan kegusaran terhadap impak negatif yang mungkin berlaku.

Isu persundalan, buruh paksa, pemerdagangan manusia dan aspek keselamatan perlu dipertimbangkan sebelum arahan ini dikuatkuasakan. Ini bermula dengan pihak Kerajaan menjawab secara telus ke mana hilangnya 1.2 juta pelancong China antara tahun 2018 hingga 2021 yang tidak dapat dikesan keluar dari Malaysia setelah menjejakkan kaki masuk ke negara berdaulat ini.

Selain itu, Anak Malaysia juga mengikuti perbahasan Ahli Parlimen Bachok yang meminta pihak kerajaan mempertimbangkan pelancong dari negara yang berteraskan pelancongan keluarga, alam sekitar dan seni warisan. Hal ini juga wajar menjadi tumpuan kerajaan dalam merangka polisi berkaitan pelancongan negara.

Anak Malaysia mencadangkan agar keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan membentuk satu jawatankuasa khas parlimen bagi melumatkan perbincangan isu ini.

Dirumuskan bahawa kedaulatan negara, keselamatan sosial dan kualiti pengunjung adalah lebih utama berbanding pengaliran wang masuk ke dalam negara semata-mata.

Kerajaan wajar mempertimbangkan semula segala polisi berkenaan pengecualian syarat yang menatijahkan pelan liberalisasi visa kelak.

“Malaysia Negara Berdaulat”

Mohammad Rosharizan Bin Mohd Rozlan
Pengerusi
Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) – HARAKAHDAILY 19/5/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo