NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua pihak mesti berusaha tamatkan ketegangan di Timur Tengah – Anwar

Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Sabu dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah.


KUALA LUMPUR – Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat.

Malah semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera.

“Bagaimanapun, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut ini. Sekarang adalah ketikanya untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lewat petang tadi, Anwar mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, selain pegawai tertinggi Kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah.

Menurut beliau, serangan yang dilancarkan Iran hari ini adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab zionis Israel ke atas Kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.

Ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa, ujar beliau.

“Kerajaan Malaysia kini sedang memantau rapat perkembangan tersebut dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.

“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo