NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM enggan layan kenyataan Dr Akmal terhadap Kor Ming



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. 

“Saya tidak mahu layan kenyataan sedemikian,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan hari kelahiran Dr Ambedkar ke 133 di Pusat Konvensyen Ideal (PICC), hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya media mengenai kenyataan Akmal bahawa  kemerosotan ekonomi kerana ada menteri “bodoh” seperti Kor Ming.

Ia ekoran kenyataan Kor Ming pada hantaran di X kononnya pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kenyataan balas Akmal terhadap Kor Ming adalah sesuatu yang tidak sesuai dengan kerajaan. 

“Bagi saya, itu bukan konteks yang sesuai bagi kerajaan perpaduan. Kita seharusnya bekerja bersama,” katanya lagi.

Akmal sebelum ini telah membuat gesaan supaya orang ramai memboikot kedai serbaneka KK Mart susulan dikesan beberapa cawangan kedai itu menjual stoking yang tertera kalimah Allah. 

Dalam pada itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pihaknya masih dalam perbincangan mengenai calon gabungan itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. 

Jelasnya kesemua pimpinan PH masih belum memuktamadkan senarai calon bagi PRK berkenaan. 

“Nanti kita bincang (calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu),” katanya dalam sidang media sama. 

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

Pada 4 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa). – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo