NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan Akta 50: Adakah kerajaan mahu kompetensi, kredibiliti pakar bedah kardiotorasik boleh dicabar?

Foto: Pengerusi Portfolio Kesihatan Perikatan Nasional, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (kiri) & Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan).


  • Kerajaan wajar memandang kepada kesan jangka masa panjang berkaitan kredibiliti bidang perubatan negara dan bukan sekadar menyelesaikan masalah jangka pendek yang menimbulkan persoalan dan persepsi.
  • Demikian saranan Pengerusi Portfolio Kesihatan Perikatan Nasional, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi susulan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kepada Jemaah Menteri menyegerakan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) mengenai Program Parallel Pathway (PPP).
  • Langkah itu difahamkan bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program berkenaan, mendaftar sebagai pakar di bawah akta terbabit.
  • Dr Ahmad Yunus dalam hantaran di Facebookpada Selasa berkata, kerajaan tidak perlu meminda akta bagi membolehkan Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) mendaftarkan individu tertentu, sebaliknya cukup dengan peruntukan sedia ada dengan mendaftarkan individu yang mengikuti latihan diiktiraf dalam negara dan latihan bertauliah.
  • “Namun adakah kerajaan mahu pengiktirafan dan kredibiliti pakar kardiotorasik disamakan setaraf dengan pengiktirafan sebuah persatuan yang tidak bertauliah? 
  • “Menteri kesihatan dan KKM perlu menyedari bahawa bukanlah semudah itu untuk mengiktiraf mana-mana agensi semata-mata untuk memenuhi keperluan kepakaran. Ianya harus mengikut lunas undang-undang dan keprofesionalan perubatan dalam negara kita,” kata Dr Ahmad Yunus.
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata cadangan pindaan Akta 50 bertujuan menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar memandang kepada kesan jangka masa panjang berkaitan kredibiliti bidang perubatan negara dan bukan sekadar menyelesaikan masalah jangka pendek yang menimbulkan persoalan dan persepsi.

Demikian saranan Pengerusi Portfolio Kesihatan Perikatan Nasional, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi susulan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kepada Jemaah Menteri menyegerakan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) mengenai Program Parallel Pathway (PPP).

Langkah itu difahamkan bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program berkenaan, mendaftar sebagai pakar di bawah akta terbabit.

Dr Ahmad Yunus dalam hantaran di Facebook pada Selasa berkata, kerajaan tidak perlu meminda akta bagi membolehkan Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) mendaftarkan individu tertentu, sebaliknya cukup dengan peruntukan sedia ada dengan mendaftarkan individu yang mengikuti latihan diiktiraf dalam negara dan latihan bertauliah. 

Beliau juga mengakui hasrat negara untuk meningkatkan jumlah pakar kardiotorasik bagi menangani masalah penyakit jantung yang semakin meningkat tahun demi tahun. 

“Namun adakah kerajaan mahu pengiktirafan dan kredibiliti pakar kardiotorasik disamakan setaraf dengan pengiktirafan sebuah persatuan yang tidak bertauliah? 

“Menteri kesihatan dan KKM perlu menyedari bahawa bukanlah semudah itu untuk mengiktiraf mana-mana agensi semata-mata untuk memenuhi keperluan kepakaran. Ianya harus mengikut lunas undang-undang dan keprofesionalan perubatan dalam negara kita. 

“Bagaimana mungkin sebuah persatuan yang tidak didaftarkan sebagai sebuah IPT (institusi pengajian tinggi) bertauliah akan diiktiraf sebagai entiti yang melahirkan pakar,” kata Dr Ahmad Yunus.

Dr Ahmad Yunus percaya sistem latihan melahirkan doktor dan kepakaran tertentu di IPT negara sudah memenuhi standard dan diiktiraf. 

Katanya, begitu juga kemampuan program latihan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai IPT yang melatih dan melahirkan pakar kardiotorasik. 

“Menteri pengajian tinggi harus tegas kerana proses melahirkan kepakaran adalah di bawah kuasa menteri pengajian tinggi. 

“Matlamat akhir adalah untuk melahirkan pakar yang berwibawa, bukan sekadar untuk mengisi kelompongan yang ada.

“Menjadi tugas kerajaan menyediakan peruntukan dan menggalakkan lebih ramai lagi pegawai perubatan terlibat dalam latihan pelbagai kepakaran, termasuk kardiotorasik di universiti tempatan,” katanya. 

Beliau turut mengesyorkan mana-mana program sarjana tempatan yang tidak diiktiraf dikaji semula dan diperkasakan kursus latihannya supaya memenuhi standard. 

“Adakah negara mahu kompetensi dan kredibiliti pakar bedah kardiotorasik boleh dicabar? Siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang implikasi di masa hadapan? 

“Saya mencadangkan doktor-doktor yang mengikuti Program Parallel Pathway turut mengikuti modul dan latihan sangkutan (attachment) di IPT dalam negara yang menjalankan program kepakaran khusus kardiotorasik bagi membolehkan diiktiraf dan didaftarkan sebagai pakar bedah kardiotorasik oleh NSR,” katanya. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata cadangan pindaan Akta 50 bertujuan menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan.

Katanya, KKM di peringkat akhir pindaan dan berharap usaha itu akan membantu kerajaan dalam memperkasa dan mengawal selia kedua-dua program berkenaan. – The Merdeka Times


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo