NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dasar luar Malaysia rapuh, tidak bersedia untuk konflik peperangan

Foto: Pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor's, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.


  • Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.
  • Beliau berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas  Palestin.
  • Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
  • “Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya, sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
  • “Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam. 
  • Beliau berkata Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

KUALA LUMPUR — Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.

Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas  Palestin.

Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.

Katanya, Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Kalau dasar luar Malaysia sangat rapuh, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam negara kita dan kita pun tak mustahil boleh jadi seperti Palestin,  di mana mereka (orang asing) masuk, fight negara kita. 

“Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.

“Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran dron Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab rejim zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik. 

Media pada Isnin melaporkan kabinet Jordanmengatakan setiap objek yang terbang memasuki ruang udara negara itu pada lewat malam Sabtu lalu dipintas demi keselamatan rakyat Jordan.

Kenyataan itu dikeluarkan kabinet Jordan selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa negara itu memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel. — The Merdeka Times


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo