NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendakwah gesa Rayer mohon maaf atas dakwaan hina penganut Hindu

Pendakwah Zamri Vinoth Kalimuthu memberikan tempoh 14 hari kepada Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan menuduh beliau menghina penganut Hindu.


PETALING JAYA: Seorang pendakwah Islam menuntut Ahli Parlimen DAP RSN Rayer memohon maaf kerana membangkitkan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan beliau menghina penganut Hindu.

Zamri Vinoth Kalimuthu juga menuntut Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik kenyataan terhadapnya.

Menurut Zamri, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya pada 2021 selepas beberapa individu mendakwa beliau menghina Lord Shiva dalam video yang dimuat naik di Facebook dan YouTube.

Zamri berkata, berikutan laporan polis tersebut, beliau direman empat hari untuk siasatan.

“Hasil siasatan memutuskan tiada tindakan lanjut oleh pihak berkuasa (terhadap saya), serta tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas saya,” katanya pada sidang media.

Bagaimanapun, katanya, keputusan tiada tindakan itu cuba dicabar oleh beberapa pihak, tetapi secara konsisten ditolak oleh mahkamah.

Ini termasuk semakan kehakiman oleh individu tertentu terhadap keputusan peguam negara, serta tindakan undang-undang sivil, katanya.

Menurut Zamri, Rayer mengulangi perkara itu baru-baru ini di Dewan Rakyat apabila bertanya kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail jika tindakan akan diambil terhadapnya kerana menghina penganut Hindu.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk meneruskan dengan pemfailan saman, serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, yang mengulangi tuduhan dan fitnah terhadap saya,” katanya.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, surat tuntutan itu telah dihantar ke firma guaman Rayer pagi ini.

“Kami memberi beliau tempoh 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo