NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MBKT arah kompleks beli-belah, pasar raya tutup 1 Syawal

Rosli Latiff berkata penutupan premis perniagaan di sekitar Kuala Terengganu pada hari pertama Aidilfitri bertujuan menghormati Syawal dan pekerja Islam. 



PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengarahkan semua kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar raya besar di bawah kawasan seliannya ditutup sepenuhnya pada 1 Syawal ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latiff berkata premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Trealeaf Mart, DIY, Eco Shop dan berkaitan pula diarah tutup dari 12 tengah malam hingga 1 tengahari.

“Penutupan premis perniagaan ini bertujuan menghormati Syawal dan pekerja Islam.

“Kami memohon kerjasama semua pengusaha dan pemilik pasar raya bagi memastikan tiada sebarang aktiviti perniagaan pada sambutan Aidilfitri,” katanya menurut Berita Harian.

Mengenai operasi kedai runcit dan kedai makan bukan Islam, Rosli berkata, peniaga dan pengusaha bukan Islam digalakkan menutup premis perniagaan sehingga jam 1 tengah hari pada 1 Syawal.

“Pemilik premis dan pengusaha perniagaan beragama Islam yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan, termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya.

Rosli berkata notis berkaitan arahan itu sudah diedarkan kepada pengurusan dan pemilik gedung perniagaan, selain makluman melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook MBKT.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo