NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Ini pengajaran tak ternilai’, Pengasas Vern’s mohon maaf isu logo didakwa mirip kalimah Allah



  • Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.
  • Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.
  • Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.
  • “Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya,  hari ini.

KUALA LUMPUR — Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.

Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.

“Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau hadir pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan mengenai isu penjualan kasut dikeluarkan syarikatnya yang didakwa tertera logo mirip kalimah Allah pada tapak.

Proses mengambil keterangan berlangsung kira-kira sejam sebelum lelaki berusia 51 tahun itu keluar meninggalkan ibu pejabat JAKIM.

Ahli perniagaan itu berkata pihaknya akan belajar daripada kesilapan berlaku dan memberi jaminan akan lebih sensitif pada masa depan.

“Saya nak belajar dari kesalahan ini supaya pada masa depan akan lebih sensitif dan berhati-hati. Kita perlu hormat antara satu sama lain walaupun ini sebenarnya salah faham,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan merampas 1,145 pasang kasut wanita bertumit tinggi yang didakwa tertera tulisan mirip kalimah Allah selepas tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata  rampasan itu dilakukan di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

“Sememangnya, dia display kat Vern (kedai jualan), maka penjual atau pengusaha pengeluar produk itu kita akan panggil dan setakat 7 malam tadi (Ahad) kita sudah menerima lapan laporan polis mengenai isu kasut ini,” katanya. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo